Entry: Mutiara kata Tuesday, September 01, 2009



salam alaik...

Alhamdulillah sedar tak sedar dah 11 hari di bulan penuh barakah iaitu Ramadhan...dan pagi nie juga aku bergegas untuk pindah pejabat baru..penat studen yang nak mengaji pula tak ketuk tak datang nak tak nak tunggu lagilah di pejabat lama..ala kulli hal nak berkonsi dengan sahabat-sahabat satu masej yang di kirim ke YM ...coz masej ni mengingatkan aku akan keagungan Allah dan semua ujian yang di hantar adalah untuk mentarbiyah diri hamba-hambaNya...

Bersyukurlah dengan Allah atas nikmatnya walaupun sedikit sepertimana DIA menerima amalanmu yang sedikit....

Selamat beramal di pertengahan Ramadhan.....dan moga kita tergolong dari kalangan mereka yang soleh- solehah ...

ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu...amin...

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)

wa Allah hu a'lam...

wassalam..

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments