Entry: Catatan Memory Semalam.... Wednesday, August 26, 2009



Assalammualaikum...

Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmatNya pada hari ini buat kita menghirup udara segar bulan Ramadhan..moga-moga Ramadhan kali ini bertambah-tambah ketaqwaan kita kepadaNya...Kullu sanah wa antum bi khier...

Sedar tak sedar dah 2tahun aku kembali dari ardhul Khinanah..rindu yang menggamit kalbu hanya Allah yang tahu..terkadang airmata pasti bercucuran pabila lembaran kenangan ku buka kembali.Apapun Alhamdulillah wa syukran lillah atas nikmatnya yang tak terhingga buat diriku yang singgah sebentar di dunia fana ini.Tarbiyah Allah sememangnya berhikmah dah 2tahun kat malaysia baruku sedar ujian di ardhul khinanah  sebenarnya untuk menguatkan keimanan dan pelajaran yang sangat berguna buat berbakti kepada masyarakat dan ummah.

Hampir 2tahun juga aku menjadi pendidik alhamdulillah satu perjuangan yang banyak memberi pengajaran kepadaku dan untuk terus menambah ilmu..Terima kasih ya Allah atas nikmat yang tidak ternilai ini.Hari ini aku melihat satu lagi nikmat yang Allah kurniakan atas ujian yang melanda alhamdulillah akhirnya Allah memberi jalan keluar atas ujian ini.

Aku teringin nak kongsikan dengan sahabat-sahabat tentang salah seorang pelajar aku yang begitu gigih belajar bahasa arab..Studen aku nie china yang berasal dari Kuching Sarawak..dia yang datang menyerahkan dirinya untuk diajar bahasa Al-Quran ini, atas alasan kalau boleh lepas habis study nak bekerja di negara Arab, moga Allah memberi taufiq dan hidayah buat Goh dan suatu hari aku akan bertemu dirinya sebagai muslim (kerana sekarangpun aku merasakan Goh sebahagian Muslim kerana kolej mewajibkan pelajar mengenakan jilbab).Kegigihan Goh Chai Kee ni memang menambat hatiku bukan apa pelajar Islam sometime tak nak merebut peluang yang Allah beri but yang non muslim nie akan selalu memerhatikan peluang-peluang yang akan dapat membantu mereka..sedangkan pelajar Muslim jenuh aku panggil untuk mengajar mereka..kenapa aku beriya-iya sangat? kerana yang aku panggil inilah calon-calon pemimpin wanita di masa akan datang..kalau pemimpinnya bengkok mana mungkin mampu meluruskan tulang rusuk yang sememangnya bengkok...Biarlah mereka cop aku nie ustazah yang apa saja...but dalam hati aku nak mereka jadi muslim yang kenal Allah..

Teringat masa aku di Ardhul Khinanah , disana ada banyak kelas-kelas quran yang boleh di ikuti secara percuma dan yang paling menakjubkan ustazahnya sempat cari pelajar semasa mereka membeli sayur atau ikan di kedai-kedai, biasanya keutamaan akan diberikan pada pelajar luar (wufidat)...Alhamdulillah dapat juga aku mengikuti kelas-kelasnya bercampur dengan mama-mama Arab yang cara bacaan quran mereka lebih kurang dengan bahasa ammiyah mesir...(yang mana, perlu diperbaiki)namun kegigihan mama-mama arab nie memang menakjubkan sebab dah tua-tua pun sanggup juga belajar.Pernah juga aku mengikuti kelas Quran di maahad Qiraat tapi sekejap jelah sebab masa amat terhad dan ada kelas lain yang perlu aku ikuti secara wajib, dan kadang-kadang penat gaklah sebab aku tak mampu nak hafal banyak-banyak sehari..selalu kena ketuk dengan ustazah yang mengajar tapi itulah pembelajaran yang melekat kat kepala...bila tengok ragam studen aku terasa itulah cermin diriku...apapun aku mengharapkan agar Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahNya agar aku dapat terus berbakti buat ummah yang dahagakan Ilmu..

Ramadhan tahun nie rinduku masih menggamit pada suasana di ardhul khinanah suasana yang sukar untuk didapati disini namun sebenarnya diri kitalah yang perlu menghidupkan saat-saat hidupnya malam-malam hari Ramadhan seperti di ardhul khinanah.Kalau di sana penghayatan al-Quran dilakukan dan di khatamkan dalam 1bulan mulia ini harapnya di Tanah Air sendiripun begitu jualah kerana kitalah penggerak sunnah Rasulullah s.a.w.

Buat semua pelajar aku...maafkan ustazah coz selalu membebel dalam kelas antum..bukan apa semuanya adalah peringatan untuk antum belajar menjadi dewasa sejajar dengan usia.Buat pelajar yang selalu kena panggil mengaji dengan rotan..jangan marah kerana ini yang membuat antum cepat belajar..tak rotanpun dah tentu antum lagi besar dari ustazah..

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang masih meniti hidup yang penuh onak dan duri tabah dan sabarlah kerana negara Akhirat lebih abadi berbanding dunia yang penuh kepalsuan..Selamat meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat keberuntungan di yaumul masyar kerana amal ibadah yang ikhlas kepadaNya....

wa Allah hu a'lam....

"sedetik menghayati al-Quran lebih bermakna dari berfikir sepanjang hari tanpa tujuan"...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments