|
Assalammualaikum... Baru-baru nie aku ada terbaca sebuah buku yang bertajuk Hikmah terapi air mata menangis kerana Allah..dan alhamdulillah Allah bagi ruang untuk aku berkongsi dengan studen dan staff di kolej yang aku mengajar...so tak salah rasanya if aku berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar pula...Bukan pe kita selalu merasakan air mata adalah perkara remeh temeh n kememeh pula orang yang suka menangis now bila kita tahu hikmah dan ia merupakan terapi maka insyaAllah kita akan gunakan ia di tempat yang sewajarnya. Menangis merupakan satu sifat semula jadi yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain.Menangis tidak hanya berkait rapat dengan kesedihan, malah juga dengan kebahagiaan.Ia adalah sifat semulajadi yang Allah kurniakan secara fitrah kepada manusia.Ia adalah satu emosi kejiwaan manusia. Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjadi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun .Dengan hal demikian, maka akan muncul ketenangan jiwa. Al -Quran telah menyebut perihal menangis pada banyak tempat dan memuji orang yang selalu menangis yang disebabkan sampai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya. FirmanNya dalam surah Isra' yang bermaksud : " Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".(109) FirmanNya di dalam surah maryam yang bermaksud : " Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."(58) Mereka bersujud kepada Allah dengan penuh taat, khidmat, serta pujian dan syukur atas berbagai nikmat yang Allah kurniakan.Oleh itu para ulama bersepakat menetapkan sujud syukur, kerana ingin mengikuti dan mencontohi mereka. Menangis merupakan keharusan bagi lelaki dan perempuan kerana menangis mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang cukup banyak .Menagis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang, bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan dapat mengubati penyakit-penyakit merbahaya.berikut beberapa catatan yang sesuai dengan kenyataan ini :
Menahan air mata bererti membiarkan pertumbuhan racun sedikit demi sedikit.Itu disebabkan kerana air mata boleh mengeluarkan unsur-unsur racun dari dalam tubuh.Dengan demikian , menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun sedikit demi sedikit.Oleh kerana itu kepekaan perasaan fitrah wanita untuk menangis lebih banyak daripada kaum lelaki, maka secara jelas usia hidup mereka lebih panjang dari usia lelaki. Nasihat yang dikemukakan oelh para ilmuwan Arther Freunk untuk golongan perempuan pada sebahagian besar kajiannya ialah hendaklah perempuan jangan cuba menahan air mata dan jangan menunda tangisan ketika mereka berhadapan dengan masalah yang membelenggunya, kerana pada setengah golongan , kerana menangis adalah penyelesaian permasalahan tersebut. Cuma , pada pandangan lelaki, apakah menangis adalah aib dan mengurangkan kelakian? Orang ramai meyakini bahawa tangisan lelaki menandakan bahawa dia lemah.Oleh sebab itu, sesuai dengana dat resam masyarakat, seorang lelaki harus menahan air matanya.Dia tidak boleh menangis di hadapan orang lain, walau apapun sebabnya.Mereka lupa bahawa lelaki adalah makhluk hidup yang perlu mengungkapkan isi hatinya.Jadi tangisan lelaki bukanlah aib atau menandakan kelemahan.Ini kerana , jika dia tidak menangis , nescaya banyak sekali beban tersimpan di dalam hatinya. Menangis tidak boleh mengembalikan bahagian dari masa lalu.Bahkan menangis merupakan bahagian dari masa sekarang dan kompas untuk masa depan. Maka setelah kita mengetahui kelebihan yang Allah cipta dalam air mata maka sewajarnya kita menggunakan air mata ini di tempat yang sewajarnya....kerana menangisi kesilapan dosa-dosa lalu lebih bermakna dari menangisi kepergian seorang kekasih... ......dan air mataku mengalir lagi .... moga ia menitis keranaMu ya Ilahi... dan rasa tenang yang Kau kurniakan selepas itu moga menjadi ubat bagi jiwa-jiwa yang menderita kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu.... Mencari Redha Allah , Mengharap Kasih Sejati , Berteduh Di bawah Rendang KasihMu ya Rabbul Izzati... ...Wa Allah hu a'lam... |
| Leave a Comment: |