Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)


.:Jom Baca Paper:.


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, March 02, 2009
Rumaisa

Namanya Rumaisa, kuniyyahnya Ummu Sulaim binti Salman An-Najjari. Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasululllah. Abang beliau adalah Haram bin Salman, salah seorang daripada 70 qurra’, yang ditipu oleh orang Quraish di Telaga Ma’unah. Kakaknya Ummu Haram binti Salman, isteri kepada Ubadah bin Samit.

            Perkahwinan

Pada zaman Jahiliah, beliau mengahwini Malik Bin Nadhr An-Najjari dan melahirkan Anas. Apabila datangnya Islam, beliau lalu memeluk Islam dan tergolong di antara kalangan Ansar yang terawal memeluk Islam, dan memulakan tugasnya sebagai seorang mukminah dalam menyampaikan Islam. Malangnya, suaminya tidak menerima seruan Islam dan kekal di dalam Jahiliah, malah memarahinya lalu meninggalkannya dan melarikan diri ke Syam.

            Ummu Sulaim berkata: Saya tidak akan berkahwin lagi sehinggalah Anas besar. Tentang ini Anas pernah berkata: Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada ibuku, kerana telah menjagaku dengan baik.

            Abu Thalhah telah melamar beliau, dan pada ketika itu dia masih dalam keadaan mushrik. Dia lalu berkata kepada Ummu Sulaim: Aku telah berbincang dengan Anas. Beliau berkata kepada Abu Thalhah: Wahai Abu Thalhah, aku mempunyai keinginan sebagaimana keinginanmu… tetapi engkau adalah seorang lelaki yang kafir, dan aku seorang wanita muslimah, maka aku tidak boleh mengahwinimu. Abu Thalhah lalu bertanya dengan kehairanan: Apakah kau tidak mahukan emas dan perak? (kekayaan).

            Beliau lalu menjawab dangan yakin dan thiqah: Aku tidak menginginkan emas ataupun perak, engkau adalah seorang lelaki yang menyembah sesuatu yang tidak boleh mendengar, tidak boleh melihat, dan tidak boleh memberikan apa-apa manfaat atau mudharat… tidakkah engkau merasa malu wahai Abu Thalhah –menyembah kayu yang asalnya dari bumi dan diukir oleh tukang kayu dari bani fulan? Sekiranya engkau memeluk Islam, maka itu adalah mahar bagiku, aku tidak menginginkan mahar lain.

            Maka Abu Thalhah terus bertemu dengan Rasulullah yang ketika itu sedang duduk dengan sahabat-sahabat baginda lalu mengislamkan beliau.

            Begitulah mulianya seorang wanita Islam yang menetapkan mahar dirinya dengan Islamnya bakal suaminya. Thabit Al-Bannani berkata ketika meriwayatkan hadith mengenai pernikahannya: Kami tidak pernah mendengar mahar semulia itu, beliau redha menjadikan Islam sebagai mahar beliau!

            Ummu Sulaim dan Abu Thalhah hidup dengan kerukunan dan aman, dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Abu Umair.Allah ingin menguji pasangan tersebut dengan anak tersebut,dan menjadikan Ummu Sulaim sebagai seorang wanita yang mengukir sejarah yang sangat hebat dan mengagumkan. Allah menguji Ummu Sulaim dengan sakitnya anaknya itu dengan sakit yang amat sangat dan membuatkan Abu Thalhah merasa sangat sedih. Suatu ketika, ketika Abu Thalhah tiada di rumah, Allah telah mengambil nyawa Abu Umair. Ummu Sulaim lalu memandikannya, mengkafankannya dan menguruskan urusan-urusannya, kemudian beliau lalu mengutuskan Anas untuk memanggil Abu Thalhah, dan berpesan pada Anas agar tidak memberitahu hal kematian anaknya, sehingga beliau sendiri yang memberitahu Abu Thalhah. Abu Thalhah lalu datang dan bertanya: Bagaimana keadaan anak kita? Ummu Sulaim menjawab: Beliau dalam keadaan tenang, dan aku berharap dia dapat berehat.

            Abu Thalhah menyangka bahawa anaknya telah sihat, Maka beliau makan malam. Apabila malam tiba, Ummu Sulaim berhias untuk suaminya dengan sesempurna mungkin, lalu bermalam bersama suaminya. Pada paginya setelah Abu Thalhah mandi dan ingin keluar dari rumah, Ummu Sulaim berkata: Wahai Abu Thalhah..apa pandanganmu sekiranya sesuatu kaum meminjamkan kepada jirannya sesuatu, dan kemudiannya memintanya semula, apakah jirannya itu mempunyai hak untuk tidak memulangkannya?Abu Thalhah menjawab: Tidak, kerana barang itu adalah hak tuannya.Ummu Sulaim lalu berkata: Sesungguhnya Allah telah meminjamkan kepada kita anak kita, kemudian mengambilnya semula, maka dia adalah milik Allah. Abu Thalhah berkata: Inna Lillah wa inna ilaihi Raajiun,kamu membiarkan aku sehingga selesai malam tadi kemudian kamu memberitahuku tentang anakku?

            Beliau lalu pergi bertemu dengan Rasulullah, bersembahyang dengan Baginda dan menceritakan kepada baginda. Rasulullah lalu bersabda: Semoga Allah memberkati malam kamu berdua tadi. Allah memperkenankan doa Rasulullah dan hasil dari malam tersebut lahirlah Abdullah bin Abu Thalhah, ayah kepada Ishak bin Abdullah (seorang yang fakih)dan  9 adik beradiknya yang lain, yang kesemuanya adalah orang yang berilmu dan memelihara Al-Quran.

            Keibuan

            Kisah ini menggambarkan seorang ibu contoh ketika kehilangan anaknya. Sekarang mari kita lihat kisah beliau ketika kehilangan suaminya. Ketika beliau berpisah dengan Malik bin Nadhr, dan Anas ditinggalkan ketika masih kanak-kanak, Ummu Sulaim tidak mahu mengahwini lelaki lain. Ketika beliau menerima Abu Talhah sebagai suaminya, beliau berkata kepada Anas: Bangun wahai Anas dan kahwinkan aku dengan Abu Thalhah . dan Anas adalah wali beliau.

            Anas telah hidup bersama-sama dengan Rasulullah dan menjadi khadam baginda selama sepuluh tahun, dan telah merakamkan hidup baginda, kata-kata baginda, perbuatan-perbuatan dan akhlak baginda. Anas berkata mengenai kisah ini: Rasulullah tiba di Madinah dan ketika itu aku berumur 10 tahun, ibuku lalu memegang tanganku, dan membawaku kepada Rasulullah lalu berkata: Wahai Rasulullah… setiap lelaki dan perempuan daripada Ansar telah memberi kepadamu pemberian-pemberian mereka, namun aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa padamu kecuali anakku ini, maka ambillah dia sebagai khadam. Maka aku telah berkhidmat kepada Baginda selama 10 tahun, dan baginda tidak pernah memukulku, dan tidak pernah menyakitiku.

            Muslimah

            Beliau adalah seorang yang sangat cintakan Rasulullah. Anas berkata: Kami bertemu dengan Rasulullah yang ketika itu sedang berqailulah dan berpeluh. Maka Ummu Sulaim mengesat peluh baginda, lalu baginda terjaga dari tidurnya dan berkata: Wahai Ummu Sulaim,.. apa yang kau buat? Ummu Sulaim menjawab: Ini peluhmu, kami akan menjadikannya wangian kerana ia adalah wangian yang terwangi baunya.

            Beliau terlibat bersama-sama Rasulullah dalam peperangan dengan menjalankan tugas berkhidmat kepada para mujahidin, memberi minum, merawat yang sakit, memindahkan yang terbunuh. Dan sekiranya perlu bertukar kepada posisi memegang senjata, beliau akan bertukar menjadi seorang pejuang yang berani dalam menghadapi musuh-musuh Allah.

Posted at 04:36 pm by qasdina
Make a comment  

Wednesday, February 25, 2009
Airmata....

Usah di tanya mengapa ia mengalir lagi...

Usah di tanya mengapa ianya berjuraian lagi...

Usah di tanya apa yang dideritainya...

Usah di tanya mampu atau tidak untuk dilaluinya...

kerana ia pasti dan pasti perlu di hadapi dan di harungi,...

meskipun kemelutnya panjang..likunya merintangi...

hanya kerana ianya ketentuan sebuah takdir Ilahi maka kepasrahannya...

Hanya pada Rabbu izzati.....

Tiada daya dan kudrat untuk menolak semua ketentuanNya

kerana kita hanya hambaNya...

Usah di tanya mengapa aku...

kerana aku tidak bisa memberikan jawapan pada juraian air mata yang mengalir lagi....

Setelah aku sedar dan sesungguhnya hanya Dia yang berhak menerima tangisan ini ....

maka izinkan aku menangis dalam dakapan magfirahMu ya Allah...

ingatkan aku tika aku mulai lalai dari menyintaiMu...

Sapalah aku tika aku mengharap rahmat kasih sayangMu..

kerana hanya Kau sebaik2 tempat untuk mengadu dan sebaik2 kasih sayang yang sejati kepada hambaMu...menyintai hamba-hambaMu tanpa minta di cintai...mengasihi tanpa minta dikasihi...

Maha suci Allah cinta agung cinta hakiki...

Posted at 07:19 am by qasdina
Comments (2)  

Sunday, February 22, 2009
hidup mesti diteruskan...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan kekuatan untuk meneruskan apa yang telah tertulis buat kita di Luh Mahfudz..Doa dan harapan agar risalah yang terpikul dibahu kita dapat disampaikan jua kepada sahabat2 yang lain. 

Dah sebulan tak menulis kat blog nie n dah sebulan gak macam2 ujian n liku yang aku lalui kat sini..ntahlah ikut hati mati,ikut rasa binasa....maka aku tabahkan hati melalui semuanya kerana inilah yang tertulis buatku saat ini..pasrah ketentuanNya..

Namun alhamdulillah aku kembali mempelajari sesuatu yang baru inilah dunia yang aku terokai dan saban hari aku berharap semua yang aku dapat ini mendewasakan aku...now banyak buku kena study kena baca sampai cam makan buku-buku tu, jadi rasa memang terbeban namun dah kerjaya nie aku pilih maka disinilah aku..apapun alhamdulillah sebab dapat belajar perkara baru lagi..

Buat sahabat-sahabatku...aku sebenarnya terlalu rindukan kalian rindukan diskusi bersama kalian lagi namun aku sendiri tidak tahu entah bila dapat berdiskusi lagi...

Buat fid yang jauh di Ganu..jangan sedih-sedih insyaAllah nanti adalah rezeki kerja tu..kuatkan keyakinan terhadap Allah dan teruskan berdoa padaNya sesungguhnya Allah bersama kita..

Buat Intan i hope ada lagi pertemuan buat kita..(yelah transkrip hang ada kat aku), jalan-jalan kat sogo pastu lepak kat kedai buku itulah agenda kita..sorry tak dapat kuar hari tue coz tak gaji...aku nak jalan-jalan ngan hang n nak banje hang coz hangkan studen lg...hehehehe

Buat yanti...maaf tesis kawan hang tak dapat aku tolong coz amanah aku pada ilmu dan sebagai lectr aku snd tak suka kalo studen aku copy paste dari internet..inikan pula aku yang menyiapkan tesis untuk dia grad..aku tak sanggup menjadi fitnah terbesar buat dia dalam medan ilmiyah ini aku minta maaf sangat-sangat..biarlah berapapun dia nak bayar..aku tak sanggup terima ...so hope hang sebagai pendidikpun ada sensitiviti nie...

Akhirul kalam..buat all my studen kat negeri 9 i miss u all always n doa buat kalian tak pernah putus ustazah panjatkan agar kalian sentiasa dalam peliharaanNya...

waAllah hu a'lam...

 

 

Posted at 02:11 pm by qasdina
Make a comment  

Monday, January 12, 2009
SEDETIK BERSAMA KENANG SELAMANYA.....

Ya Allah!!

Sahabat buat hati gembira

Mesra kami penawar duka

Rindu kami penambah rasa

Rajuk kami membuah ceria

 

Ya Allah!!

Silaturrahim kami

Ukhuwwah Fillah

Bermusuh kami nau'zubillah

Berpisah mati InsyaAllah

Pengubat hati doa Rabithah

 

Ya Allah !!

Rahmati kami meniti usia

Terpisah kami di alam nyata

Temukan kami di Taman Syurga.

 

Assalammualaikum...

sahabat-sahabatku moga redha Allah sentiasa mengiringi jejak langkah kita meniti hari-hari yang berliku Allah janjikan buat kita sebelum pertemuan abadi denganNya di atur...Doa dan harapanku agar kita terus thabbit di tas landasanNya hingga ke yaumul akhirah..insyaAllah

Sedar tak sedar satu semeste dah aku di sini mencurah bakti sebagai seorang pendidik..walaupun macam-macam rintangan,dugaan dan cabaran semua aku lalui.Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk teruskan perjuangan hidup ini berbakti buat Islam meskipun aku bukanlah intan terpilih yang layak memikul tanggungjawab yang berat ini.Aku amat bersyukur kerana diberi peluang menikmati keindahan hidup bergelar pendidik meskipun dugaannya amat banyak dan aku hampir-hampir tewas namun inilah pentarbiyah terbaik yang Allah berikan padaku agar terus thabbit dijalanNya...RAHMAT UJIAN....

Dan disaat aku menulis ini,inilah sisa-sisa baki hari-hari terakhir aku disini bergelar "Pensyarah" perasaan yang sukar untuk aku gambarkan...sedih,pilu dan gembira bercampur baur.Terima kasih buat bekas-bekas pensyarahku yang banyak memberi tunjuk ajar buat aku menimba pengalaman manis sebagai seorang "pensyarah",dan terima kasih jua buat para pelajar yang mengangap aku sebagai sebahagian dari hidup mereka berkongsi cerita suka dan duka..aku amat menghargai semuanya dan amat berterima kasih kepada Allah atas pertemuan ini dan pengalaman ini kerana "Pengalaman Adalah Guru Terbaik" buat seorang manusia...

Tinggal 2hari je lagi buat aku bergelar Pensyarah disini..ahhh....rasa yang sukar untuk digambarkan namun aku bersyukur kehadrat Ilahi atas semua kurniaanNya terhadapku..Buat para pelajar yang pernahku ajar teruska usaha jangan mengaku kalah sebelum perjuangan di akhiri dengan jayanya...apa yang tertulis pada sijil sekadar tulisan namun apa yang tersemat di dada itulah nilaian kalian pada masyarakat akan datang..ingatkan bahawasanya kalian memikul tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kalian melalui ilmu-ilmu yang kalian pelajari dan kalianlah penentu genrasi akan datang...Ustazah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian meskipun lepas nie kita dah takkan jumpa sepertimana didalam kelas namun doalah pengikat ukhwwah kita dan doalah pengikat iman-iman kita.

Akhirul kalam buat semua yang kukasihi jazakumullahhu khairan khathiran ala kulli hal...semoga apa yang baik itu Allah balas dengan nikmat syurga di akhirat kelak..insyaAllah..

wa Allah hu a'lam..

Posted at 05:03 am by qasdina
Make a comment  

Thursday, January 08, 2009
Allah akan gantikn yang lebih baik...

Allah akan gantikan yang lebih baik…

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik.Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

ãä ÃÎÐÊ ÍÈíÈÊíå ÝÕÈÑ ÚæÖÊå ãäåãÇ ÇáÌäøÉ.

Barang siapa yang Aku butakan matanya , lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan Syurga.(Al-Hadith)

ãä ÓáÈÊ ÕÝíøå ãä Ãåá ÇáÏäíÇ Ëã ÇÍÊÓÈ Úæø ÖÊå ãä ÇáÌäøÉ.

Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan ) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan Syurga.(Al-Hadith)

Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd(Istana Pujaan).Silakan anda qiaskan kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah, ujian dan cubaan yang mendapatkan penghormatan yang agung di Syurga Firdaus.Itu tersirat dalam firmanNya :

Óáã Úáíßã ÈãÇ ÕÈÑÊã ÝäÚã ÚÞÈì ÇáÏÇÑ:٢٤

Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya.Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar-Ra’d:24)

Betapapun , kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita.Dengan begitu, kita akan termasuk :

ÃáÆöß Úáíåã ÕáæÊ ãä ÑÈåã æÑÍãÉ æÃæáÆß åã ÇáãåÊÏæä :١٥٧

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang  sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.( Al-Baqarah :157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin.Adapaun akhirat lebih baik dan kekal.Sehingga , barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat.Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya mengingikan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia.Hati mereka akan selalu gundah-gulana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya didunia.Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang mematikan.Mereka juga akan memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak beharga ini.

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian.Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan “surat ketetapan” yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, ada balasan, dan juga pilihan.Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikiran yang panjang.Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah :

.....ÝÖÑÈ Èíäåã È áå ÈÇÈñ ÈÇØäÉ Ýíå ÇáÑÍãÉ æ ÙåÑå ãä ÞÈáå ÇáÚÐÇÈ :١٣

….lalu didirikanlah di antara mereka ( orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan disebelah luarnya ada seksa (neraka).(Al-Hadid:13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.Jadi janganlah kita cepat berasa kecewa dengan ujian yang Allah datangkan...

sesungguhnya aku jua mengingatkan diri sendiri yang selalu di serang kegundahan..but life must be go on!!!!!

Posted at 10:05 am by qasdina
Make a comment  

Tuesday, January 06, 2009
Aku Tersilap...

Aku tersilap

Memasang angan pada merak kayangan

Walau ku tahu cantiknya tak terbilang

Namun aku…kecundang jua…

            Aku tersilap lagi..

Memetik bintang di langit

Walau ku mengerti tingginya menggunung

Tapi aku… kecewa juga.

            Aku tersilap lagi…

Mengarangi puisi di lautan

Walau ku sedar

Aku … bukanlah penyair

Namun aku menangis jua….

            Biar kini

Aku kecundang , kecewa dan merana

Namun…..

Takkan ku jadikan

Langkah kedua ku tersilap lagi

Kerana kini aku sedar

Aku adalah aku…

Bukannya dewangga kayangan..

Posted at 04:24 am by qasdina
Make a comment  

Monday, January 05, 2009
Allah ....

            Ya Allah

Firman Allah Subhanahu wa taa’la di dalam surah Ar-Rahman , ayat 29:

íÓÆáå ãä Ýì ÇáÓãæÊ æÇáÃÑÖ ßá íæã åæ Ýì ÔÃäò:٢٩

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya.Setiap waktu Dia berada dalam aktivitinya.

Apabila laut bergelombang , ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: “Ya Allah !”

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, maka mereka berseru: “ Ya Allah!!”

Apabila tertimpa musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut “ Ya Allah!!!”

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru : “ Ya Allah!!”

Apabila berbagai usaha tidak mampu mnyelesaikan , setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru: “ Ya Allah!!”

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru: “ Ya Allah !!!”

Telah ku khabarkan kepadaMu.

Segala hal seperti cercaan.

Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.

Lalu kupanggil jelas namaMu

Di waktu Subuh menanti

Dan setiap fajar menyingsing

Selalu terdengar namaMu terucap.

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah , doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, airmata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil.Dengan menyebutNya, di mana hati akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Çááå áØíÝ ÈÚÈÇÏå......:١٩

Allah maha Penyayang terhadap hambaNya…..(As-Syu’ara:19)

Allah: Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah , ungkapan yang paling tulus, dan kata yang paling bernilai.

.....åá ÊÚáã áå ÓãíÇ:٦٥

…Apakah kamu mengetahui ada sesuatu yang setara dengan Dia?(Maryam:65)

Allah : BagiNya segala kekayaan dan keabadian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.

....áãä Çáãáß Çáíæã ááå ÇáæÍÏÇáÞåÇÑ:١٦

…Milik siapakah kekuasaan pada hari ini?(Kekuasaan) hanyalah milik Allah Yang Maha Esa da Maha Perkasa.(Ghafir :16)

Allah: BagiNya kebijaksaan, pertolongan , keringanan,bantuan,cinta dan kebaikan.

æãÇ Èßã ãä äÚãÉ Ýãä Çááå.....:٥٣

Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah…..(An-Nahl:53)

Allah : Sang Pemilik segala keagungan,kebesaran,kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu

Dalam goresan

Sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa

Engkau tetap Yang Teragung

Dan tempat segala yang bermakna.

Ya Tuhan , hanya pada keagunganMu

Segala terasa lapang.

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan,balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan,dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan,dan pdamkan gejolak api jiwa yang tidak dapat pejam.Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbingilah kesesatan ini kearah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur.Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran.Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan; hilangkanlah kesengsaraan; dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu.Kami berlindung dan bertawakkal, hanya kepadaMu.Kami berlindung dari kepasrahan, kecuali hanya pasrah kepadaMu.Kami meminta hanya kepadaMu,memohon pertolongan hanya kepadaMu,Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami,kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Amin ya rabbal alamin…

 

Posted at 04:30 am by qasdina
Comment (1)  

Thursday, December 25, 2008
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM..

Assalammualaikum...

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang dikasihi?alhamdulillah sedar tak sedar kita dah hampir melangkah ke tahun baru Islam..alhamdulillah hidup lagi kita di pengakhir tahun ini...moga di penghujung-penghujung tahun ini dapatlah kita muhasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan dalam tahun ini sebelum melangkah ke tahun baru.

Ok apa kata jom kita check list sikit diri kita kenapa perlunya muhasabah diri ini..bahkan dalam Islam setiap malam di suruh kita muhasabah diri supaya kita sentiasa menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dan tawadhu' kepadaNya..

Kedua perkara-perkara yang menjauhkan diri kita kepada Allah mari kita tinggalkan agar kita sentiasa menjadi hambaNya yang soleh...inilah yang agak-agak susah nak buat tapi kita kena berusaha dan lawan juga hawa dan nafsu agar kita mampu menjadi hamba Allah yang sebenar..

Ketiga perbanyakkan amal ibadah yang sunat disampin terus istiqomah dengan apa yang wajib agar yang wajib bertambah sempurna dan yang sunat menjadi bahan penyeri.Kadang-kadang kita lupa,kita kejar yang sunat tapi yang wajib kita hancur jadi masa nielah kita kena check list balik betul-betul..."Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisab"....

Keempat...perbanyakkanlah dalam hari-hari hidup kita ini dengan mengingati mati kerana mati itu adalah perkara pasti yang akan terjadi dari perancangan-perancangan yang telah kita susun walau teliti manapun walau semantap manapun namun Allah mampu menghalangnya jadi berusahalah menjadi hambanya yang sentiasa mengingati mati.Sesungguhnya manusia itu sangat takut untuk mengingati mati kerana takut dengan keadaan kematian itu namun ia pasti menjemputmu sama ada kamu rela atau tidak maka siapkanlah diri kta bersama-sama.

Akhir sekali ingatlah pertambahan tahun baru buat lembaran hidup baru kita bukan bermakna semakin lama kita akan menghuni alam ini tapi hakikatnya semakin hampir kita dengan hari kematian kita.Jadi tingkatkan amal ibadah kita kepadaNya..

Apapun Selamat Menyambut Tahun baru hijrah kawan-kawan aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita selangkah kita melangkah di tahun baru bermakna selangkah jua amal kita bertambah kepada yang Esa..moga redhaNya dan kasih sayangNya sentiasa bersama kita meniti hari-hari mendatang dalam hidup kita dan mendewasakan kita insyaAllah.

Semoga apa yang kita impikan dalam tahun baru ini akan Allah tunaikan dengan mudah sekali amin ya rabb...

wa Allah hu a'lam..

Posted at 11:00 am by qasdina
Make a comment  

Saturday, December 13, 2008
KENANGAN...

 

Assalammualaikum...khaifahalukum?harap semua sahabat-sahabatku masih dalam peliharaan Allah walau dalam apa jua keadaannya...aku masih di Kuala Lumpur...cuti yang berbaki hanya tinggal sehari lagi..rasa malas untuk meninggalkan keluarga hanya Allah yang tahu...namun demi perjuangan dan janji pada agama yang masih tak terlunas maka aku merelakan apa yang telah di takdirkan olehNya terhadap diriku...walau seberat mana sekalipun langkah ini perjuangan ini tetapkan diteruskan...aki tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menyerahkan semuanya kepada Allah agar sentiasa memelihara dan menjaga mereka yang aku tinggalkan..

aku just nak berkongsi puisi yang ku krang bersama sahabat-sahabatku sekalian...terimalah seadanya...

KENANGAN...

Selagi ia bernama kenangan pasti segar dirimba ingatan

Kenangan membawa diri menjelajahi semalam meskipun berasa suram...

Kenangan membuat diri sedar..

Tiada pertemuan menjanjikan abadi..

Hanya pertemuan dengan yang Esa kekal Abadi

Kenangan mebawa diri meniti sejarah semalam dan berusaha untuk melupakannya...

namun semuanya tidak berhasil kerana

Kenangan Tetap Kenangan...

Selagi bernama kenangan pastikan sentiasa segar di rimba ingatan..selamanya...

Posted at 02:39 pm by qasdina
Comment (1)  

Wednesday, December 10, 2008
AYAT - AYAT CINTA...

 

DESIR PASIR DI PANDANG TANDUS

SEGERSANG PEMIKIRAN HATI

TERKISAHKU DIANTARA CINTA YANG RUMIT...

BILA KEYAKINAN KU DATANG

KASIH BUKAN SEKADAR CINTA

PENGORBANAN CINTA YANG AGUNGKU PERTARUHKAN..

MAAFKAN BILAKU TAK SEMPURNA

CINTA INI TAK MUNGKINKU CEGAH

AYAT-AYAT CINTA BERCERITA

CINTAKU PADAMU..

BILA BAHAGIA MULAI MENYENTUH

SEAKANKU BISA HIDUP LEBIH LAMA

NAMUN HARUSKU TINGGALKAN CINTA

KETIKAKU BERSUJUD...

subhanallah cantiknye laut Matruh...

Posted at 02:28 pm by qasdina
Make a comment  

Previous Page Next Page