Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !!
"....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "
...Jika dirimu dilanda kesusahan
Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya
Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang.
Perisailah dirimu dengan harapan
Agar tidak putus asa
Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu.
Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu
Ada orang-orang yang dengki
Dan senang dengan penderitaan orang lain.
Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu
Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan
Mati sebelum waktunya.
Kecemasan itu tidak selamanya
Mengongkong seseorang
Sebagaimana kegembiraan pun
Tidak selamanya menghiasinya.
Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal
Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini
Bagi orang-orang yang waspada....
BERHENTILAH MENGHARAP PADA MANUSIA..TAPI PASAKKAN KEYAKINAN SEPENUHNYA HANYA KEPADA ALLAH...
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmah yang menghiris
Sehingga terasa diri ini hina , kerna tiada siapa yang sudi membela..
Ku tabahkan hatiku harungi hidup , biarpun tiada siapa yang menemani..
Keseorangan aku dilautan sepi , di tinggalkan mereka yang aku percayai..
Namunku tahu ada hikmahnya...setiap segala yang menimpa diri..
Ku serahkan segala padaMu Tuhan yang berkuasa jua mencipta....
kerana Engkau Maha Mengetahui , segala apa yang terbuku dihati...
Ya Allah tidak ku terdaya lagi ... menahan dugaan yang mencabar ini..
Terasa bagai nokhtah telah ku temui ... mengakhiri segala yang telah ku mulai...
Ya Allah Engkau lindungilah aku...bekalkan daku dengan limpahan iman...
Agar tabahku menghadapi dugaan ...agar tidak ku berhenti di pertengahan...
Kini disini aku berdiri... bersama harapan yang tulus suci....
Agar terbitlah kembali mentari pagi...Setelah malamku berkalut benci....
Assalammualaikum....
Hari ni banyak sangat tugasan yang perlu disiapkan tambah-tambah tanda kertas komunikasi yang baru je selesai exam...ala kulli hal..alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang buat kita sekali lagi untuk bertaubat kepadaNya dan memberi peluang untuk kita menikmati udara hari ini..sedangkan ramai saudara-saudara kita di timpa musibah dan ada yang pergi tanpa sempat bertaubat kepadaNya...moga musibah yang melanda dunia ini cepat reda dan kita semua kembali ke pangkal jalan iaitu menjunjung titah Al-Quran dan Assunnah yang di tinggalkan oleh jungjungan Besar kita Rasulullah s.a.w....
Bait-bait nasyid kat atas nie kadang buat air mata ku berlinangan...apapun alhamdulillah kerana Allah masih memberi jalan keluar pada setiap permasalahan yang di datangkan..cuma untuk kuatkan hati dengan sabar dan iman itulah mehnah paling besar dalam hidup..apapun hampir 2tahun semua memori berlalu..hanya Allah yang tahu duka lara yang tersimpan dan hanya kepadaNyalah tempat aku mengadu..
Topik kali nie dah lama nak di tulis tapi masa yang ada terhad walaupun leh online kat umah kadang-kadang wifi bz jadi tak dapat nak uplod...huhuhu...apapun..jom kita diskusikan topik kali nie "BERHENTILAH BERHARAP PADA MANUSIA , TAPI PASAKKANLAH KEYAKINAN YANG TINGGI KEPADA ALLAHHH.."
Pertamanya sebagai manusia biasa kita takkan terlepas daripada terus-terusan berharap pada manusia juga kerana kita dilahirkan dengan serba kekurangan dan kita lemah makanya kita sememangnya berharap pada manusia lain..namun letakkanlah pengharapan yang mendalam dan yang kuat hanya kepada Allah...
Sabbda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Peliharalah Allah , nescaya Alalha kan memeliharamu.Peliharalah Allah,nescaya kamu akan mendapatkanNya di hadapanmu.Kalau kamu memohon, maka mohonlah kepada Allah , kalau kamu meminta pertolongan , mintalah pertolongan kepada Allah.Ketahuilah, bahawa apabila umat ini berhimpun untuk memberikan kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kebaikan kepadamu, kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu.Dan apabila mereka berhimpun untuk memberikan suatu kemudharatan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kemudharatan kepadamu, kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran (amal perbuatan manusia) telah kering. "Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi.
Ini antara bait-bait sabda Junjungan besar kita yang sepatutnya kita guna pakai dalam kehidupan seharian...walaupun hakikatnya kita sebagai manusia biasa memerlukan pertolongan sesama manusia..namun pengharapan yang lebih tinggi hanyalah kepada Allah kerana manusia itu sangat lemah dan tak mampu buat apa-apa kepada kita melainkan sekehendak Allah...inilah qada' dan qadar Allah terhadap manusia..dan jika kita mengkaji hadis ni sangat tinggi nilaian TAUHIDnya...tapi yang sayangnya tak ramai di kalangan kita yang mengguna pakainya...hatta yang belajar agama sekalipun....nilah pengalaman yanga aku lalui...apapun Alhamdulillah atas ujian yang Allah datangkan , walaupun perit dan pahit namun bila di kaji dari sudut Tauhid, maka aku berlapang dada....
Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud :
".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Inilah nilaian Tauhid , kita hanya mampu menilai dari zahir namun Allah menilai dari sudut yang kita tidak ketahui dan Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih di antara yang mengasihi...Betapa Hebatnya Allah namun kita selalu dan masih lagi lalai serta mengharapkan pada sesuatu yang tak pasti sedangkan kasih sayang Allah itu pasti dan sememangnya Dialah yang memberi makan tika kita lapar, menyembuhkan tika kita sakit,menyayangi kita tika semua membenci dan Dia menyediakan segalanya sedangkan diri kita terlalu lemah untuk menyiapkan segalanya..maka mengapa masih berbangga diri? Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabatku..jadikan lah CINTA KEPADA ALLAH , CINTA SEJATI NESCAYA DIAKAN TEMUKAN ENGKAU DENGAN INSAN YANG JUGA MENYINTAINYA...mesti semua yang membaca pelik..apahal lak tetiba aku masuk bab cinta nie?kerana persoalan nie takkan mati sampai kita mati dan persoalan ini jualah yang menyebabkan kita lahir ke dunia..apapun dalam persoalan yang simple nie terkandung nilaian TAUHID yang sangat besar namun hanya hati-hati yang mencari dan terus mencari redhaNya akan menemuinya sedangkan yang tidak mencari mungkin akan terus-terusan dalam kesesatan.Jadi jangan remehkan perkara yang nampak kecil sedangkan impaknya amat besar dalam kehidupan kita.Apa yang aku taip nie juga berikutan sms yang aku terima dari kawan-kawan yang terkadang tersilap meletak perhitungan hidup ini dan aku kongsikan ini juga peringatan buat diri sendiri jua yang adakalanya tersilap meletakkan sesuatu pada tempat yang tak sepatutnya hingga diri sendiri dizalimi..apapun mukmin yang soleh itu tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua dan cukuplah Allah sebagai penghibur dan penolong dalam hidup kita...
Nampaknya dah panjang lebar aku taip...bukan sessi luahan perasaan tapi inilah realiti kehidupan sahabatku..andai kita yang belajar agama dan yang menyampaikan agama sendiri tersilap meletakkan pengharapan kehidupan ni apatah lagi orang-orang yang kita pimpin..maka renung-renungkanlah dan usahalah agar kecintaan kita kepada Allah melebihi apa yang ada di dunia ini...
Terima kasih Allah atas sebuah ujian yang mendekatkan aku kepadaMu...terima kasih jua ya Allah kerana mengingatkan aku dengan firmanMu tika aku kealpaan..terima kasih ya Allah kerana Al-QuranMu sentiasa berbicara denganku tika aku dalam kebuntuan..Rahmat KasihMu melebihi segala yang mengasihiku di dunia ini...Terima Kasih Ya Allah..
Ya Allah Jadikanlah Aku dikalangan hambaMu yang sentiasa bertaubat,Lindungilah aku tika musibahMu melanda...dan ingatkanlah aku sebelum aku dijemput malaikat Maut Mu...
Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu sebagai Cinta Agungku dalam mencari keredhaanMu di dunia dan akhirat..dan Ya Allah tempatkan aku,ibubapaku,saudara-saudaraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan muslimin muslimat di kalangan hambaMu yang solihun...amin Ya Rabbb....