Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....
   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30



<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)


.:Jom Baca Paper:.


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, September 23, 2009
MUHASABAH RAMADHAN...

Salam alaik...

Moga redha Allah sentiasa mengiringi langkah juang kita menuju Allah, kerana hakikat kehidupan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hanya kepadaNyalah tempat kembali manusia serta seluruh isi alam...Alhamdulillah kita di beri peluang oleh Pemilik kita untuk menikmati hari Raya Aidil Fitri sedangkan berapa ramai manusia lain yang di ambil nyawanya semasa dalam bulan Ramadhan...apapun tingkatkan kesyukuran dan ketaqwaan kepadaNya selalu moga kita terus menjadi hamba yang bersyukur...Masih tidak terlambat juga untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua sahabat-sahabat...andai ada bicara yang terguris , ada kata yang menusuk kalbu dan ada hak yang tak tertunai aku mohon kalian mengampunkanku...buat mama dan ayah yang banyak bekorban ampun semua salah silap anakmu ini ye...moga Allah kekal bahagiakan rumah tangga mama dan ayah hingga akhirat amin.

Dah lama nak menulis tapi kesuntukan masa menghalang semua kerja yang patut di lakukan tambahan kondisi aku masa Ramadhan baru nie memang mendukacitakan..apapun aku bersyukur kerana dapat melaksanakan kewajipanku sebagai muslim...ni pengalaman kali ke2 di serang athma dalam bulan Ramadhan habis suara-suara semua bertukar menjadi suara sedap Ella...kesian pelajar-pelajarku last minit terpaksa batalkan kelas"Pemakanan Menurut Islam" , padahal dah berbulan-bulan aku buat persiapan untuk mengajar sub topik nie..apapun nilah kehendak Allah maka aku akur..MC yang diberi perlu di gunakan...ingatkan dapat bantu mama kemas rumah tapi sebaliknya habiskan masa di atas katil...apapun next time pemakanan kena jaga..sebab salah satu punca athma nie bila kita batuk..batuk lak akan berlaku bila air kurang dalam badan dan kita asyik bercakap.(Macam ne aku nak tak bercakap dah kerja aku memerlukan suara untuk berkomunikasi tambah-tambah dalam kelas yg pejar melebihi 50orang sakitnye tekak nie Allah je yang tau..)

Ok kita tinggalkanlah celoteh aku ni now aku suka sgt nak share dengan sahabat-sahabat tentang bagaimana cara untuk kita mengetahui yang kita telah mendapat rahmat..so lepas habis baca sahabat-sahabat leh la cek list balik muhasabah Ramadhan tahun nie adakah lebih baik dari tahun sebelumnya..

Dalam Bahasa Arab makna Rahmat merujuk kepada lembut hati,lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudiannya membekalkannya kepada tumbuhan untuk hidup subur....

Bilamana pengertian rahmat telah kita ketahui maka begitulah perihalnya orang yang mendapat rahmat Allah, hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuhnya pokok taqwa yang buahnya adalah ibadah dan amal soleh serta akhlak terpuji serta akhlak terpuji.

Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat.Orang yang mendapat rahmat bukan sahaja berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepadanya bahkan kepada orang yang telah menganiaya dirinya.

Bagaimana kita nak tahu orang yang mendapat Rahmat?orang yang emndapat Rahmat ialah orang yang pandai bersyukur.Perkataan Rahmat juga disebut sebanyak 113 kali didalam Al-Quran...dan salah satu tujuan Allah mengutuskan Rasul ke muka bumi ini juga adalah untuk memberi rahmat sekalian alam.

Hati yang mendapat Rahmat ialah hati yang sentiasa mencintai Allah, dan mudah melaksanakan segala suruhannya bahkan menjadi seronok untuk melakukan suruhannya dan menjadi rindu bila tidak dapat melaksanakannya....

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan rahmat?untuk mendapatkan rahmat kita kenalah sentiasa mendampingi Al-Quran dan sentiasa taddabbur al-Quran agar kita memahami isi kandungannya serta mempelajari semua yang ada didalamnya..ianya buka perkara mustahil bahkan dapat dilaksanakan jika kita benar-benar cintakan Allah.

Tanda lain untuk mendapat rahmat juga ialah mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa,iaitu dengan mentaati mereka, gembirakan mereka, tunaikan segala hajat mereka selagi mampu dan penuhi keperluan mereka.Jangan sesekali menyakiti mereka baik perasaan ataupun fizikal, malah sentiasa berdoa sewaktu mereka masih hidup ataupun sudah emninggal dunia.

Rasullullah s.a.w bersabda  yang bermaksud : Redha Allah akan bersama Redha ibu bapa" akhir kata Rahmat adalah segala kebaikan yang padanya lahir ketaatan..maka cek listlah kembali bagaimana Ramadhan kita dan moga kebaikan itu bersinambungan selepas Ramadhan berlalu..."Kehadirannya di tunggu kepergiannya di rindu..itulah Ramadhan.."moga kita di beri kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.

"KULLU SANAH WA ANTUM BI KHIERR...."

maaf zahir dan batin dariku hambaNya yang banyak kekurangan dan kelemahan..Ya Allah terimalah Amal ibadah kami di bulan Ramadhan dan selepas ramadhan berkatilah kami dan rahmatilah kami di dunia dan akhirat...

Ya Allah Kau peliharalah kami dalam dakapan magfirahMu...bimbingilah kami kefahaman Al-Quran yang jitu..jadikanlah malu sebagai pakaian iman kami agar sentiasa taat pada perintahMu...

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil..berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat..amin ya rabbal alamin... 

Posted at 12:11 pm by qasdina

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry