UNTUK APAKAH KITA DICIPTAKAN?
Duhai teman seperjuanganku…
Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri untuk apa sebenarnya kita diciptakan dan didatangkan oleh Allah S.W.T ke muka bumi ini?.Persoalan ini djawab oleh Allah S.W.T sendiri dalam firmanNya yang bermaksud : “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”.(Surah Az-Zaariyat :56)
Para Ulama yang muktabar juga telah menghuraikan pengertian ibadah dalam pengertian yang amat luas.Perkara “ibadah” ada kesyumulannya dan mempunyai ruang lingkup yang luas dan tidak semestinya mengandungi ibadah khusus sahaja,bahkan tugas dan kehidupan kita di dunia ini untuk beribadah kepada Allah dan menghambakan diri kepadaNya.
Maka , untuk menepati kehendak Allah ini setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah serta mengikut saranan yang betul dari Rasulullah s.a.w .Dari sinilah akan timbulnya perasaan cintakan Allah dan RasulNya.Cuba kita renungkan kembali kisah hidup para sahabat yang sanggup bekorban kerana menyintai Allah dan RasulNya.Mana mungkin mereka sanggup menggadaikan harta dan nyawa sekiranya tiada rasa cinta kepada Ilahi.Mereka itulah yang dijanjikan oleh Allah akan syurga yang hakiki.
Jadi, yang hendak kita tahu sekarang ialah bagaimana setiap perkara itu boleh jadi ibadah.Ianya mudah sahaja kalau kita dapat memenuhi syarat-syaratnya iaitu:
i) Niat mestilah kerana Allah SWT.
ii) Perkara yang dibuat serta pelaksanaan kerja kita tidak melanggar hukum syarak.
iii) Natijah dari usaha kita di salurkan kejalan Allah SWT.
iv) Ibadah asas tidak di abaikan.
Sekiranya syarat-syarat ini kita amalkan dalam kehidupan seharian maka insyaAllah setiap kerja yang dilakukan dikira ibadah disisiNya.Menurut Dr Yussuf Al-Qardhawi ibadah itu merangkumi tugas yang besar dan menjadi teras bagi semua perkara.Tugas itu ialah amal makruf nahi mungkar dan jihad fi sabilillah.
Menurut As-Syahid Sayyid Qutb bahawa amar makruf nahi mungkar tidak boleh dipandang ringan .Umat Islam tidak akan Berjaya sekiranya makruf tidak ditegakkan dan mungkar tidak dihapuskan.Untuk melaksanakan tugas yang besar itu perlu kepada pembentukan ummah yang kukuh agar hukum-hukum Allah dapat di laksanakan .Dengan cara ini ummah akan sedar akan kepentingan dakwah kepada sekalian umat manusia yang boleh menimbulkan rasa cinta kepada Allah kerana menganggap dakwah itu sebagai satu taklif yang amat berharga kepada umat Islam.
Akhirul kalam, marilah sama-sama kita memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita sendiri.
“….SESUNGGUHNYA BERFIKIR SEDETIK ITU LEBIH BERNILAI DARIPADA BERIBADAH BERIBU-RIBU TAHUN…”
Posted at 08:18 am by qasdina