Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....
   

<< March 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)


.:Jom Baca Paper:.


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, March 31, 2009
Hikmah Terapi Air Mata Menagis Kerana Allah...

Assalammualaikum...

Baru-baru nie aku ada terbaca sebuah buku yang bertajuk Hikmah terapi air mata menangis kerana Allah..dan alhamdulillah Allah bagi ruang untuk aku berkongsi dengan studen dan staff di kolej yang aku mengajar...so tak salah rasanya if aku berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar pula...Bukan pe kita selalu merasakan air mata adalah perkara remeh temeh n kememeh pula orang yang suka menangis now bila kita tahu hikmah dan ia merupakan terapi maka insyaAllah kita akan gunakan ia di tempat yang sewajarnya.

Menangis merupakan satu sifat semula jadi yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain.Menangis tidak hanya berkait rapat dengan kesedihan, malah juga dengan kebahagiaan.Ia adalah sifat semulajadi yang Allah kurniakan secara fitrah kepada manusia.Ia adalah satu emosi kejiwaan manusia.

Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjadi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun .Dengan hal demikian, maka akan muncul ketenangan jiwa.

Al -Quran telah menyebut perihal menangis pada banyak tempat dan memuji orang yang selalu menangis yang disebabkan sampai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya.

FirmanNya dalam surah Isra' yang bermaksud : " Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".(109)

FirmanNya di dalam surah maryam yang bermaksud : " Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."(58)

Mereka bersujud kepada Allah dengan penuh taat, khidmat, serta pujian dan syukur atas berbagai nikmat yang Allah kurniakan.Oleh itu para ulama bersepakat menetapkan sujud syukur, kerana ingin mengikuti dan mencontohi mereka.

Menangis merupakan keharusan bagi lelaki dan perempuan kerana menangis mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang cukup banyak .Menagis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang, bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan dapat mengubati penyakit-penyakit merbahaya.berikut beberapa catatan yang sesuai dengan kenyataan ini :

  • Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan diri tubuh manusia.Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
  • Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
  • Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan,urat-urat dada dan kedua-dua bahu .Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya, sehingga akan muncul perasaan tenang.
  • Doktor Frey berkata :" Air mata dapat bekerja secara berkesan membersihkan mata kita.Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai-bagai penyakit, seperti luka pada perut, tekanan darah tinggi dan radang usus besar.
  • Dr ini juga menghubungkan di antara ketegangan jiwa dan menangis melalui penelitian ribuan titisan air mata.Ia menemui bahawa air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang di keluarkan oleh tubuh kita ketika kita mengalami ketegangan jiwa.Oleh sebab itu, semasa kita menangis, maka hormon-hormon ketegangan itu dengan sendirinya hilang. Selanjutnya , kita pun berasa lebih baik.
  • Dr ini juga menganjurkan kita agar menangis dan melupakan penilaian negetif masyarakat berkaitan permasalahan air mata, kerana menangis bukanlah aib atau kesalahan.Kita tidak perlu selamanya berasa menjadi manusia kuat hingga mengharamkan diri kita untuk menitiskan air mata yang sihat.
  • Kajian perubatan juga mengukuhkan bahawa 86% perempuan dan 75% lelaki berasa lega setelah menangis.Dr Frey berpendapat bahawa rasa sedih semula jadi menjadi faktor yang menyebabkan lebih dari separuh air mata manusia tumpah.Sedangkan rasa bahagia adalah faktor yang menyebabkan 20% air mata manusia keluar.
  • Dr Bryan Dowt,pakar runding kedoktoran jiwa dan penulis buku popular , "Tempat yang aman untuk menangis" , setelah melakukan tinjauan dan kajian dalam lapangan yang ia jalankan selama 15tahun, berpendapat bahawa tidak boleh menangis merupakan penyebab disebalik aneka jenis penyakit yang sedang berusaha untuk dihilangkan.
  • Para ilmuwan telah melakuakn kajian terhadap air mata.mereka menemui bahawa air mata  mengandungi 25% protein dan satu bahagian zat besi terutama magnesium.Ini adalah unsur racun yang boleh bebas dari manusia ketika ia menangis.
  • Kajian lain tentang air mata dilakukan oleh Dr Frey di Inggeris.Pada satu kesimpulan dia berpendapat bahawa perempuan menangis 65kali dalam setahun , sedangkan lelaki hanya 15kali dalam setahun.Hanya cuma , lelaki dan perempuan menangis pada saat yang sama, iaitu pada saat keluar dari rahim ibu.
  • Dr Bulthiyah berpendapat bahawa susunan(sistem) air mata terbentuk dari kelenjar-kelenjar inti, kelompok lain terdiri dari kelenjar bukan inti.Tugas kedua-duanya adalah menghantarkan air mata yang basah itu kepermukaan mata.Ia juga bertugas sebagai poket air mata yang berdaya guna mengolah air mata tambahan, agar fungsi dari sistem air mata itu secara sempurna boleh mengeluarkan lapisan air mata dan selaput dalam kelopak tulang mata.

Menahan air mata bererti membiarkan pertumbuhan racun sedikit demi sedikit.Itu disebabkan kerana air mata boleh mengeluarkan unsur-unsur racun dari dalam tubuh.Dengan demikian , menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun sedikit demi sedikit.Oleh kerana itu kepekaan perasaan fitrah wanita untuk menangis lebih banyak daripada kaum lelaki, maka secara jelas usia hidup mereka lebih panjang dari usia lelaki.

Nasihat yang dikemukakan oelh para ilmuwan Arther Freunk untuk golongan perempuan pada sebahagian besar kajiannya ialah hendaklah perempuan jangan cuba menahan air mata dan jangan menunda tangisan ketika mereka berhadapan dengan masalah yang membelenggunya, kerana pada setengah golongan , kerana menangis adalah penyelesaian permasalahan tersebut.

Cuma , pada pandangan lelaki, apakah menangis adalah aib dan mengurangkan kelakian?

Orang ramai meyakini bahawa tangisan lelaki menandakan bahawa dia lemah.Oleh sebab itu, sesuai dengana dat resam masyarakat, seorang lelaki harus menahan air matanya.Dia tidak boleh menangis di hadapan orang lain, walau apapun  sebabnya.Mereka lupa bahawa lelaki adalah makhluk hidup yang perlu mengungkapkan isi hatinya.Jadi tangisan lelaki bukanlah aib atau menandakan kelemahan.Ini kerana , jika dia tidak menangis , nescaya banyak sekali beban tersimpan di dalam hatinya.

Menangis tidak boleh mengembalikan bahagian dari masa lalu.Bahkan menangis merupakan bahagian dari masa sekarang dan kompas untuk masa depan.

Maka setelah kita mengetahui kelebihan yang Allah cipta dalam air mata maka sewajarnya kita menggunakan air mata ini di tempat yang sewajarnya....kerana menangisi kesilapan dosa-dosa lalu lebih bermakna dari menangisi kepergian seorang kekasih...

......dan air mataku mengalir lagi .... moga ia menitis keranaMu ya Ilahi... dan rasa tenang yang Kau kurniakan selepas itu moga menjadi ubat bagi jiwa-jiwa yang menderita kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu....

Mencari Redha Allah , Mengharap Kasih Sejati , Berteduh Di bawah Rendang KasihMu ya Rabbul Izzati... 

...Wa Allah hu a'lam...

Posted at 04:57 pm by qasdina

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry