Your Ad Here




Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....
   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)


.:Jom Baca Paper:.


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, April 13, 2012
Puisi Kematian

 

Tiada Tempat Tinggal Bagi Seseorang Selepas Kematian;

Kecuali Rumah Yang Dibina Sebelum Kematiannya,

Jika Di Bangun Dengan Kebaikan,

Tentu Rumahnya Baik Dan Indah,

Tetapi Jika Dibangunkan Dengan Jahat,

Maka Rumahnya Buruk Dan Kotor,

Harta Yang Kami Timbun,

Ternyata Hanya Untuk Ahli Waris,

Kita Bangunkan Istana Hanya Untuk Kehancuran kerana KEMATIAN...

Beramallah Untuk Rumah Hari Esok,

Yang Di Kawal Malaikat Ridhwan,

Jirannya Muhammad s.a.w

Dan Pembinanya Allah Maha Penyayang,

Istananya dari Emas Dan Lantainya ,

Harum Bagaikan Minyak Kasturi,

Sedang Za'faran,

Adalah Tanaman Yang Menghiasi Sekelilingnya....

Ali Bin Abi Thalib r.a berkata: "Dunia pasti ditinggalkan pergi sedang akhirat sudah siap sedia menanti.Oleh itu Jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia.Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab dan bukan hari beramal.

p/s : jom sahabat2 kita jadi anak-anak akhirat dan cintakan kematian sebagai wacana bertemu KEKASIH AGUNG yang sentiasa merindui kita yang merinduiNya..moga cintaNya sentiasa bersama kita..amen ya Rabb...

Posted at 12:29 pm by qasdina
Make a comment  

Wednesday, April 04, 2012
Seorang aku...

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
...
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

Posted at 07:14 am by qasdina
Make a comment  

Wednesday, February 01, 2012
----BICARA HATI-------

Bila hati berbicara sendiri...
bila diri tak terpujuk lagi...
bila airmata hanya mampu mengalir...
bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu..

Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini...
Ku tatap, ku baca bait-bait cinta yang tak pernah dusta...
ternyata air mata membasahi pipi..kerana aku benar-benar hamba yang tak punya apa-apa...
hanya mampu berteduh direndang kasihMu..
mengharap belas dan ihsanMu dalam segenap keadaan dan situasi..
aku lemah Ya Allah...
aku hina Ya Allah...
namun aku mengharap agar rahmat kasih sayangMu mengatasi segalanya...

Cukupkanlah aku dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku..
jadikan kecintaan kepadaMu lebih aku cintai dari apa-apa yang ada di dunia ini..
jadikan kembali kepadaMu cukup aku nantikan dengan persiapan rapi..agar ianya menjadi satu pertemuan yang Kau nantikan...

Jangan Kau hina aku dengan kelemahan ini ya Allah..
tapi bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengingati Engkau dalam segenap ruang kehidupan ini..
bantulah aku ya Allah..untuk meraih cintaMu..cinta abadi buat insan dalam mencari damai yang hilang...

Posted at 04:09 pm by qasdina
Make a comment  

Thursday, December 15, 2011
Lihatlah Mehnah Sebagai Tarbiyah berharga dari Allah

Jika Allah menahanmu untuk mendapatkan sesuatu,

itu bukanlah kerana Dia bakhil,khuatir kehilangan perbendaharaanNya,

atau menyembunyikan hakmu...

Akan tetapi kerana Dia ingin engkau kembali kepada-Nya,

Dia ingin memuliakanmu dengan tunduk pasrah kepada-Nya,

menjadikanmu kaya dengan faqir kepadaNya,

memaksamu untuk bersimpuh di hadapanNya,

menjadikanmu dapat merasakan manisnya ketundukan dan kefakiran kepadaNya..

setelah merasakan pahitnya terhalang daripada sesuatu.

Bila sampai sekarang engkau rasakan bebanmu semakin berat,

itu bukan kerana Dia menyiksamu dan menginginkan kehancuranmu....

Akan tetapi Dia bermaksud memakaikan perhiasan "ubudiyah" kepadamu, menempatkanmu di kedudukan yang tertinggi.

Bila Allah baru sahaja menarik kedudukanmu,

itu bukan kerana Dia membencimu....

Tetapi agar engkau boleh menyaksikan hikmahNya dalam kudrahNya..

Rahmat dalam keperkasaanNya,

dan kelembutan dalam paksaanNya...

Maka beruntunglah mereka-mereka yang di uji dengan ujian yang berat ...namun masih punya iman dan kuat pergantungan harapan hanya kepada Allah hu Rabbbi...

Ya Allah jadikan kehidupan disisiMu amat kami rindui dan jadikan pertemuan denganMu pertemuan abadi yang membahagiakan kami semua..Amen Ya Rabbal alamin...

 

Assalammualaikum...

Moga redha Allah sentiasa bersama kita mengiringi hari2 mendatang untuk menuju negara yang lebih abadi iaitu Akhirat..amen ya Rabb..Alhamdulillah masih dikurniakan usia untuk terus berbakti dengan cara sendiri buat agama yang di cintai...hidup ini hanya seketika dan sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya bawa dosa bawa pahala...itu bermakna kita bukanlah siapa-siapa di dunia yang fana ini..hanya nilaian "TAQWA" yang akan membezakan siapa kita disisi Allah...

Alhamdulillah...sedar tak sedar kita semua sudah melangkah ke tahun hijrah yang baru...dan tanpa di sedari 4tahun dah berlalu memori suka duka di bumi Ambiya' Ardhul Khinanah yang selalu aku rindui..sahabat-sahabat seangkatan juga seorang demi seorang sudah berubah status dan telah mempunyai keluarga sendiri..alhamdulillah rezeki dan nikmat dari Allah buat semua sahabat2ku..dan aku tumpang gembira atas kurniaan Allah ini buat kalian semua...

Alhamdulillah 4tahun yang benar-benar mendewasakan aku...alhamdulillah kerana dalam musibah masih di ingatkan oleh Allah dengan tauhid..itulah kekuatan untuk terus berdiri meskipun langkah tidak sekuat yang disangka..Alhamdulillah atas semua kurniaanNya , tanpa Dia siapalah aku dan tanpa Dia mungkin aku sudah tiada lagi di dunia fana' ini...terima kasih Ya Allah atas semua kurniaanMu buat aku hambaMu yang hina ini...

Tanpa sedar juga kita semua dah di penghujung tahun 2011 semoga semua yang di impikan menjadi nyata...terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu buat aku dan keluarga...bila difikirkan hampir setahun menganggur di tahun 2010 sendiri melalui detik-detik pedih berteman air mata..namun di sisi Allah itu semua tidak pernah sia-sia kerana Dia sentiasa mendengar tiap-tiap rintihan hati kita dan Dia melayani semua permintaan kita dengan begitu sabar...kerana itu Dia meminjamkan sifat sabar itu kepada hamba-hambaNya yang terpilih.."maka bersyukurlah sahabat-sahabatku , jika kalian di uji namun masih dibekali iman" kerana ramai di luar sana yang di uji namun tidak di bekali iman dan terus hanyut seterusnya terhumban ke neraka Allah di Akhirat sana Negara Abadi...nauzubillah himinzalik...

Terima aksih Ya Allah..kerana rezeki yang Kau kurniakan buat aku...dapat jua aku lunaskan impian yang tak terlunas selama ini..ajaib rezeki yang Kau takdirkan ...di saat sengsara rupanya di situlah letaknya rezeki yang tidak di sangka-sangka..."Hidup umpama lakaran sulaman benang pada kain..nampak hodoh dari belakang namun indah di hadapannya.."kerna apa?kerana Allah hendak mengajar hati untuk terus bersyukur kepadaNya dalam segenap keadaan dan kerana Dia ingin mengajar kita untuk terus bersangka baik denganNya dalam segenap ruang kehidupan...Alhamdulillah ala kulli nikmah...

Aku baru saja pulang dari melawat bandar Bandung beberapa hari yang lepas..terfikir2 dengan apa yang aku lalui di sana...dan terasa ingin di kongsikan iaitu "hidupnya kita atas doa insan-insan disekeliling kita"...mengapa begitu?bukankah tidak semua orang nak mendoakan kita?ya begitulah kehidupan ...setiap orang yang kita temui mempunyai pelbagai persepsi terhadap kita...di sana tanpa di sedari ada bukti yang Allah itu Maha Mendengar,Maha melihat dan Mengetahui segala yang kita zahirkan dan kita sembunyikan..disisiNya tiada apa yang rahsia dari pengetahuanNya.. Teringat sewaktu aku di tangkuban perahu salah satu gunung berapi yang masih aktif...alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk melihat sendiri lavar yang keluar dari kawah ratu gunung berapi...terfikir-fikir sendirian Hebat ciptaan Allah ini...di hantarnya lahar gunung berapi yang sangat panas bila Dia kehendaki , namun selepas letupan tanah yang tandus akan menjadi subur...SubhanaAllah atas semua kurniaan Allah buat tiaptiap hambaNya...letupan gunung berapi umpama ujian yang saban hari melanda hidup kita namun bagaimana kita mengubahnya menjadi fositive , tabah dan sabar melalui setiap apa yang di takdirkan buat kita...sebagaimana tanah disisi gunung berapi yang masih aktif dan setiap hari akan berlaku gegaran namun ianya terus berbakti buat manusia melalui caranya yang di takdirkan Allah dalam sunnahtullah...begitulah kita perlu memandang setiap apa yang hadir biarpun ianya tidak seperti apa yang kita impikan...

Saat titipan ini aku coretkan..tanpa sedar airmata mengalir..4tahun sudah berlalu aku tinggalkan bumi bertuah Mesir dengan Universiti yang tak terfikir yang satu waktu dulu aku jua pernah bergelar mahasiswi universiti Al-Azhar..atas semua mehnah yang di hadirkan Allah..Alhamdulillah saat nie aku dapat berbakti buat anak bangsa sendiri seperti niatku setiap hari sebelum melangkah ke kuliyah...semuanya umpama cerita gunung berapi tangkuban perahu.....Ternyata kita tidak dapat melihat rahmat hikmah di saat ujian melanda diri namun hebatnya Allah..Dia simpankan hikmah di suatu masa supaya kita sentiasa tawadhuk dan berserah diri kepadaNya...Dalam setiap ujianNya ada hikmah untuk kita terus-terusan menjadi hambaNya yang bersyukur....terima kasih Ya Allah atas semua kurniaanMu buat aku hambaMu yang hina ini...janganlah di saat Kau jemput aku nanti Kau hinakan aku Ya Allah..namun bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang bertaqwa dan istiqamah di jalanMu agar aku dapat bersama kekasihMu Rasulullah s.a.w...

Ya Allah jadikanlah kecintaanku kepadaMu lebih aku harapkan dan lebih aku cintai dari cinta duniawi yang hanya seketika dan bakal meninggalkanku..Ya Allah aku mohon kerinduan abadi untuk pertemuan yang lebih di rindui oleh orang-orang yang bertaqwa di sisiMu...amen Ya Rabbal alamin.... Moga pengakhiran hidupku menjadi pengakhiran yang lebih baik...amen...


 

Posted at 03:59 pm by qasdina
Comment (1)  

Tuesday, November 08, 2011
Biarkan AIr mAtA Ini MEnGaLiR lAgi....

saat airmata ini ingin mengalir...
biarlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..
saat hati ini rapuh...Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...
saat aku kesunyian sendirian,Engkaulah teman paling hampir...yang dapat ku adukan segala resah hati kecilku....
saat aku kelelahan kerana kelemahan diri yang tak mampu aku atasi..Kau setia mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah kekuasaanMu dan bukan kekuasaan aku..aku hanya berusaha dan Kau yang menentukan segalanya...kerana segala-galanya tertakluk pada kehendakMu jua...dan biarkan air mata ini terus mengalir membasahi sejadah iman..agar aku sedar Kau adalah teman sejati tika suka dan dukaku...kerana KAU KEKASIH ABADIKU....ALLAH HU RABBI....INNAMA ASYKU BASSI WA HUZNI ILA ALLAH...



Posted at 05:50 pm by qasdina
Make a comment  

Tuesday, October 18, 2011
Cukuplah Aku Mencintai...Dalam Diam...

 
Hasbiya Allah hu wa nikmal wakil...
 
CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won¡¯t touch her.
Not even the slightest bit.
You¡¯ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


¡°Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.¡±
(HR. Al-Hakim)
Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..amen ya Rabb..

Posted at 07:01 am by qasdina
Comments (4)  

Monday, October 10, 2011
USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA...

 

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.
...
"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas halal & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

Posted at 06:07 am by qasdina
Comments (2)  

Saturday, October 08, 2011
Selamat Berkonvokesyen Buat Semua Pelajar-Pelajarku dan Bekas pelajarku..

Assalammualaikum...
Moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama kita meniti hari-hari yang singkat menuju Negara Abadi yang lebih membahagiakan..Alhamdulillah kita masih di kurniakan dengan nikmat kesihatan dan kehidupan hari ini..moga nikmat iman juga akan sentiasa utuh di hati kita ..kerana itulah yang membezakan antara kita dengan orang-orang kafir laknatullah...

Minggu ni sibuk dengan kuliyah untuk menghabiskan silibus sebelum final exam menjengah dan sibuk dengan Konvokesyen pelajar-pelajarku...Alhamdulillah semua telah di anugerahkan dengan segulung diploma dalam bidang masing-masing ..buat pelajarku di Kolej Sains Perubatan tahniah dan semoga kalian semua dapat menajdi Jururawat yang Kenal PENCIPTA ,yang sedar bahawa ilmu yang kalian ada saat ini adalah pinjaman sahaja daripada Allah dan akan tiba masa ianya kalian kembalikan kepada Dia yang memberi pinjaman..

Diploma tertinggi bukanlah nilaian hebatnya kalian di mata masyarakat namun kezuhudan dan kenalnya kalian kepada Pencipta itulah anugerah terbesar dalam hidup yang seketika ini...kita bukan siapa-siapa di hadapanNya..kita hanyalah insan kerdil yang datangnya kosong dan pulangnya dengan dosa pahala...Maka sedarlah diri bahawa apa yg diperolehi adalah untuk membeli akhirat dan bukan untuk membanggakan diri...Maafkan bicara ini jika ianya menyinggung hati dan perasaan namun biarlah diri yang lemah ini menyatakan kebenaran...kerana jika kalian tersilap kejayaan hari ini bakal menghumban kalian ke nerakaNya...apapun ustazah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian kerana kalianla sumber inspirasi dan kekuatan buat diri ini terus berbakti...

Belajar dari kesilapan kalian adalah pengalaman berharga buatku..belajar dari pengalaman kalian yang berbeza latar belakang , agama dan bangsa buat diri lebih sedar yang Islam itu indah...Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang sangat besar ini...kurniaan ini hebat dan Kau Maha Hebat...

Hari ini juga bekas-bekas pelajarku di Kolej Uniti berkonvokesyen...alhamdulillah semua telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing..terharu kerana masih ada yang mengingati diri ini dan mengucapakan "terima aksih mis kerana mengajar saya selama ini"...ucapan yang sangat bermakna buatku..namun terima kasih yang sebenar adalah kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat buat kita, terima kasih sebenar juga buat ibu bapa kita yang berpenat lelah untuk membiayai semua keperluan kita dan terima kasih juga kepada pengajar2 yang ikhlas mendidik anak bangsa..sesuatu yang di sampaikan dengan ikhlas dari hati maka ianya akan sampai ke hati jua..mungkin dulu nie lah ustazah yang suka membebel dan sebagainya namun aku harapkan setelah segulung diploma kalian gengam maka adaptasikanlah semua ilmu yang telah di pelajari dan praktikkanlah dengan sebenarnya dan jadilah manusia yang Kenal ALLAH kerana..amat rugilah menjadi manusia yang berjaya namun dikau tidak kenal Pencipta...

Apapun sebagai seorang pendidik diri ini akan senantiasa mendoakan yang terbaik buat kalian..ukhwah yang kita bina didunia ini..tak tahu di mana akan kita labuhkan lagi namun diri ini yakin jika ukhwah ini kerana Allah maka Dia akan satukan hati-hati kita hingga akhirat sana..moga ada lagi pertemuan dengan kalian tidak di dunia moga ada lagi pertemuan buat kita di Syurga Allah yang lebih abadi dan kekal selamanya...

Dikesempatan ini juga inginku sampaikan ucapan "Selamat Pengantin Baru" buat adik sahabatku yang menjadi raja sehari hari ini..maaf akak tak dapat hadir kemajlis yang penuh makna ...namun doa buatmu tak pernah akak lupakan...moga ikatan yang terbina kekal hingga akhirat sana...Baraka Allah hu lakuma wa barik alaikuma wa jamaa bainakuma fi khier....

Untuk semua sahabat2ku selamat berhujung minggu dan jangan lupa tadbburlah ayat2 Allah...kerana disana Allah berinteraksi secara langsung denganmu tanpa kau sedari...wa Allah hu a'lam...

Posted at 03:03 pm by qasdina
Make a comment  

Monday, September 26, 2011
Tika Allah Mendugamu...Di mana Dia kau letakkan?

Ketika semua pintu telah terkunci....
PintuNya tetap terbuka...
Ketika setiap jalan terlihat buntu...
jalanNya selalu terbentang...

Ketika semua tangan telah terkekang...
TanganNya senantiasa terhulur...
Ketika semua cinta telah sirna...
CintaNya tetap tercurah...

Ketika tak seorangpun mampu menolong...
Hanya pertolonganNya yang kita harapkan....

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar, dan akan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.."(Surah At-Thalaq:2-3)

Assalammualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi..moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kita dalam menuju negara Abadi yang lebih kekal dan lebih indah dari dunia yang penuh tipu daya.Dan kesyukuran juga dipanjatkan kehadrat Allah kerana kita masih di beri kesempatan untuk melafazkan dan memperbaharui kalimah taubat kepadaNya..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas anugerahMu yang begitu besar dan agung...

Hari ini sekali lagi diri ini di uji...rasa sedih, kecewa, pilu dan lain-lain..ntahla bila difikir-fikir benarlah akhir zaman yang hak menjadi batil dan yang batil menjadi hak..namun apapun ujian yang mendatang sebaiknya kita kembali kepada Allah dan berharap hanya kepadaNya kerana segala yang berlaku saban hari dalam hidup kita telah ditentukan olehNya dan ia termaktub sebagai qadha' dan qadar buat kita..disinilah dapat kita nilai sejauhmana kebergantungan harapan kita kepada Allah?

Beriman dengan rukun Iman yang 6 bukan sekadar pengucapan dibibir namun mempercayainya dengan sebenar-benarnya serta keyakinan yang mantap di dalam hati..Allah lah yang berhak menentukan segalanya setelah kita berusaha..

Di sini juga Allah menduga adakah kita kita bersangka baik denganNya atas semua musibah yang di beri atau kita bahkan menjadi kafir dengan ujian yang di beri?maka beruntunglah orang-orang yang dibukakan pintu hatinya untuk berfikir sedalamnya bahawa setiap apa yang berlaku buat dirinya adalah yang terbaik disisi Allah buat hambaNya..kerana Maha pengasih dan Penyayang Allah mengatasi rasa kasih dan sayangNya kita sesama makhluk...Allah uji untuk di ampunkan dosa-dosa kita, Allah uji untuk melihat sejauhmana kebergantungan harap kita hanya kepadaNya..Allah uji untuk menambah pengalaman kita kerana pengalaman tidak dapat dipelajari dari mana-mana sekolah atau universiti terulung..dan Allah uji untuk menganggkat darjat kita disisiNya agar hati kita sentiasa subur dan hidup hanay dengan mengingati Allah...

Musibah ini menyedarkan aku ...bahawasanya hanya Allah lah sebaik-baik tempat kembali dan Allah lah sebaik-baik tempat mengadu...Ya Allah ajdikan aku hambaMu yang sentiasa merindui pertemuan denganMu..yang sentiasa merendah diri dihadapanMu dan sentisa mengamalkan ilmu yang telah dipelajari...

ya Allah tika aku terlupa ..maka ingatkan aku dengan peringatan Al-QuranMu..tika aku tersasar kejutkan aku dengan sunnah nabiMu...tika aku merindui jadikan kerinduan kepadaMu lebih aku ridnui dari yang selain kepadaMu..dan tika aku menaruh harapan..jadikan pengahrapan hidupku ini hanya kepadaMu..dan jadikan aku hambaMu yang sentiasa redha dengan semua yang Kau tetapkan buatku..amen ya rabbal alamin... 


Posted at 05:57 pm by qasdina
Make a comment  

Monday, September 19, 2011
PeSanAn BuAt LeLaKi IdAmAn HaWa...

Lelaki idaman… 

 

Seorang lelaki yang aku idamkan 

Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa… 

Biarlah dia seorang yang buta

Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha 

Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi 

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah 

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

 

Biarlah dia seorang bisu

Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan

Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran 

Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran 

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan 

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran

Dan lantang menyuarakan kebenaran 

 

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil 

Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman 

Pada wanita yang bukan mahramnya 

Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 

Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 

Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya 

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya 

Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran 

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya

Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH

Kembali megah di muka bumi 

 

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa 

Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat 

Papa memiliki akhlak mazmumah 

Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan 

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia 

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 

Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri 

Dia mahu menjadi seorang syuhada 

Yang syahid di jalan Maha Esa

 

Posted at 04:22 pm by qasdina
Comment (1)  

Next Page